Sabtu, 4 April 2009
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan salam perjuangan..alhamdulillah, dikurniakan sedikit kelapangan untuk berkongsi ilmu bersama sahabat-sahabat sekalian..ketika meraih ilmu untuk persediaan duniawi dan ukhrawi, akhirnya kutemui jawapan kepada persoalan lalu..
Hukum-hukum Islam berkaitan persandingan..
1.Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: “ Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan” dan Surah Yunus: 107: “Dan jika Allah menimpakan kemudaratan kepada kamu maka tiada yang menghilangkannya kecuali dia (Allah) dan jika dia hendak mendatangkan kebajikan kepadamu, maka tiada yang dapat menolak kurniaNya itu. Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
2. Membaca Jampi mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan diatas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis:
HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud:
"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab: 33
"Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu."
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286) 7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi) Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat: 1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
** inilah hakikat pernikahan yang sebenar...saya sendiri tidak pasti bagaimana majlis pernikahan saya kelak..buat masa ni, banyakkan berdoa agar semua urusan dipermudahkan..sukar sekali orang yang belum berumahtangga berkongsi hal-hal begini..mungkin takut diri sendiri tdk mampu melaksanakannya nanti..begitu juga saya..tapi inshaAllah semoga terus beriltizam..setiap kata-kata diuji..itu saya percaya..semoga Allah membantu hamba-hambaNya**
Rujukan 1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam. 2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha. 3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
Sumber: http://www.geocities.com/isazalii/ruang_agama/hukumbersanding.htm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam..siapa anda?
BalasPadamsalam..
BalasPadamskadar peringatan..agak susah dua pasang mata yg dikurnia Al-Khaliq ini nak baca post tanpa jarak antara paragraph~tapi Alhamdulillah berjaya juga khatam post ni, akhirnya.
saya stuju dgn isi post ni, cumanya, ttg bab hadiah tu, itu terpulang kpd individu.